Khamis, 1 Januari 2015

WACANA: USAHAWAN IRANUN BERJAYA





1 Januari 2015, Biro Ekonomi PAGISA telah berjaya menganjurkan Wacana Usahawan Iranun Berjaya di Novotel 1Borneo, Kota Kinabalu. Wacana ini telah dirasmikan oleh Presiden iaitu Datu Matlan Datu Unjong, antara saranan beliau ialah meminta semua peserta memikirkan sesuatu yang baik untuk para usahawan dan peniaga Iranun. Beliau juga menegaskan betapa perlunya memupuk sikap kegigihan serta budaya kekitaan antara usahawan. Selain itu, beliau mahu wacana ini dijadikan medan perbincangan serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang akhirnya mewujudkankan satu kerjasama padu dalam kalangan usahawan dan peniaga.

Dalam wacana tersebut dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara" oleh Sdr. Milus Hj. Abd Wahab dan "Usahawan Islam" oleh Haji Abu Aslam Hj Abdullah. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan dan peniaga masyarakat Iranun serta para pegawai kerajaan seramai 22 orang.

Di akhir wacana itu, para peserta telah bersetuju untuk menubuhkan Dewan Perniagaan Iranun sebagai satu wadah menyatukan para usahawan dan peniaga. Para peserta juga turut memberikan pandangan berkaitan perlunya satu wadah khas untuk usahawan dan peniaga Iranun merujuk serta berkongsi maklumat.



TENTATIF PROGRAM

7.30     pagi    :Pendaftaran

8.00     pagi    :Bacaan Doa
                      Oleh: Ustaz Abd Wahab Siddik

8.15      pagi   :Ucapan aluan
                      Oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
                      Pengerusi Penganjur

8.30     pagi    :Ucapan Perasmian
                      Oleh: Datu Matlan Hj Datu Unjong
                      Presiden
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

9.00    pagi     :Slot 1
                      Tajuk: Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara.
                      Oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
                      Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

9.40     pagi    :Rehat/minum

10.00   pagi    :Slot 2
                      Tajuk: Keusahawanan Islam
                      Oleh: Tuan Hj Abu Aslam Hj Abdullah
                      Ketua Biro Ekonomi dan Perniagaan
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

10.40   pagi    :Perbincangan dan Pembentangan Resolusi
                      Dipengerusikan oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab

12.00   t/hari   :Makan/Bersurai


Jumaat, 19 Ogos 2011

KISAH CICIT RASULULLAH SAW

Seorang Ulama Tabi'in Imam Thawus al-Yamani mengisahkan: "Aku melihat seorang lelaki solat di Masjidil Haram di bawah Mizab Ka'bah. Ia berdoa dengan khusyu' dan menangis. Aku ikuti sampai ia selesai solat dan berdoa, ternyata ia adalah Ali Zainal Abidin, putera Husein bin Ali bin Abi Thalib, yang tak lain adalah cicit Rasulullah s.a.w. Aku katakan padanya:

"Wahai cicit Rasulullah, aku lihat kamu dalam keadaan begini dan begini. Pada hal kamu memilih tiga hal yang aku harap akan membuatmu aman dari ketakutan. Pertama, kamu adalah cicit Rasulullah s.a.w. Kedua, kamu boleh mendapatkan syafa'at datukmu iaitu Rasulullah s.a.w. Ketiga, rahmat Allah SWT."

Ali Zainal Abidin menjawab:

"Hai Thawus, bahawa aku adalah cicit dan keturunan Rasulullah s.a.w itu tidak menjamin keamananku. Aku mendengar firman Allah SWT; 'Apabila sangkakala ditiup, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu. (QS.23:101). Sedangkan syafa'at datukku juga tidak menjadi jaminan bahawa kelak akan kudapatkan, sebab Allah SWT berfirman; 'Dan mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah.' (QS. 21:28). Sedangkan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mewahyukan bahawa rahmatNya dekat pada kaum muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan aku tidak tahu apakah aku termasuk di dalam golongan mereka atau tidak"

Dipetik daripada
Di Atas "SAJADAH" Cinta
Oleh Habiburrahman El Shirazy